Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa
bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka
yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh
lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam
hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih
baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam
hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih
lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka
ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan
kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa
yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik
dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka
katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia
bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui
akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan
umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh
jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Sunday 2 October 2011
yang JAHAT bukan jahat selamanya
Posted by si comel at 18:07
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment